Before i start, let’s me tell you sebuah kisah cinta dan anda klasifikasikan sendiri cerita tersebut adakah ini cerita cinta legend ataupun bangang.
Mula.
Mamat dan Minah berkapel.
Oh wait,nama Mamat dan Minah sangat tiada nilai komersial.Ok-Ok.
Aku namakan mereka sebagai Kheirul Rizal Shah dan Nur Lavienda.
Baiklah,mula semula.
Kheirul Rizal Shah dan Nur Lavienda berkapel.
Mereka kata mereka sedang bercinta. Hidup mati hendak bersama.Kalau boleh,nak tattoo badan dengan nama si dia. Kalau boleh nak bina satu kapal Titanic dan langgarkan pada iceberg supaya ada cerita Titanic 2. Kalau boleh nak jadi watak macam Romeo and Juliet yang bercinta umpama separuh nyawa. Di facebook jangan cerita.I love U. U love me. We are happy family. Di Twitter usah dok mention. Macam celaka siapa yang follow mereka.
“Dan manusia yang sedang dalam cinta itu boleh jadi sebuta-butanya dalam perjalanan hidup. Sayangnya, dia tidak sedar.”
Bila sudah yakin cinta, masing2 pasang impian. Kheirul Rizal Shah menyatakan hasratnya.
“HoneyBunny, kalau hubbybunny nak pinang HoneyBunny boleh? Kita kahwin bulan depan. Hendak tak? ”
Nur Lavienda Tersenyum lantas berkata,
“Kalau tanya HoneyBunny, memanglah HoneyBunny setuju sesangat. Tapi,mesti ibunda HoneyBunny tak bagi. Ye lah. Tahun depan kan kita PMR. Mesti ibunda suruh kita study dulu yedak?”
Kheirul Rizal Shah hangguk perlahan mengiyakan pendapat Nur Lavienda.
“Tapi,HoneyBunny janji, lepas kita SPM, kita kahwin” sambung Nur Lavienda
Kheirul Rizal Shah jangan cakap dia punya happy. Kalau ni cerita orang putih,senggama scene after this for sure.
Namun,langit tak hari2 cerah. Suatu hari,pada hari yang nyaman.
Nur Lavienda keluar untuk berjalan-jalan ke KL. Mulanya dia nak ajak Kheirul Rizal Shah, tapi mak dia tak bagi keluar selagi tak siapkan kerja rumah. Nur Lavienda faham.
Sedang di dalam LRT, tiba2 dia terpandang seorang jejaka yang baginya manusia paling kacak dalam LRT ketika itu. Dia jadi tak keruan. Dia nak tegur. Dia rasa nak cakap Hai. Time tu dalam hatinya “Ha?Kheirul Rizal Shah?Siapa tu?”. Plus,aku pun cantik vogue dan gorgeous too. Haruslah menegur lelaki kacak. Fikirnya.
Lantas,dia mengetahui nama si jejaka adalah Fiq. Ha? Oh, sorry2. My mistaked. His name is Syafique Rezalman. Dan dia dapat satu date pada hari esok di Times Square. Bukan main suka.
Perhubungan itu dirahsiakan dari pengetahuan Kheirul Rizal Shah. Biarlah macam ni. Di sekolah, Kheirul Rizal Shah dan di luar Syafique Rezalman. Dia bahagia begitu.
Sampai saatnya, dia rasakan yang Kheirul Rizal Shah ni hanya penyemak dalam hidupnya. Serabut.Tambah pulak lagi si Kheirul Rizal Shah asyik tanya macam2 sebab hampir setiap petang nak berjumpa tak boleh. Keluar entah ke mana. Nur Lavienda rasakan Kheirul Rizal Shah tak best. Tak cinta. Tak suka. Menyampah. Tak adventure. Time tu lah rasa Kheirul Rizal Shah ni mat bosan. Mat skema. Mat bajet. Mat hodoh muka beruk dan sebagainya. Plus lagi time tu Syafique Rezalman la The best. Syafique Rezalman la World. Syafique Rezalman la yang AwesomeNakMampus. Nur Lavienda nekad. Dengan sekali lafaz, mereka berpisah dengan deraian air mata dari Kheirul Rizal Shah. Nur Lavienda?Pergi nerakalah nak nangis-nangis ni. Plus, kita memang tak pernahnya sepadan.
“I nak clash!Jangan ganggu i lagi!” kelihatan lafaz itu masih lagi terngiang-ngiangdi telinga Kheirul Rizal Shah. Dia kini di sudut dinding stor sukan sambil menangis katakan dirinya ditipu oleh gadis yang paling bidadari. Tak lupa juga dia menyalahkan semua orang termasuk maknya yang benarkan dia keluar dating, adiknya sebab curi pensel dia, Guard sekolah sebab tahan dia masuk lambat ,Cikgu Rokiah sebab taknak dengar alasan dia tak siapkan kerja sekolah, Ketua kampung, Polis Bersih, Pemimpin pembangkang, Menteri Pendidikan Negara dan Andy Carroll.
Nur Lavienda katakan S ‘cinta hati’ dia sampai bila. Tak sabar. Hari esoknya, dia luahkan perasaan “cinta”nya pada Syafique Rezalman. Syafique Rezalman senyum sambil kata “Akhirnya terluah jugak apa yang terbuku di hati. Saya juga cintakan awak”. Kalau cerita Korea, sekarang ni ada bunga-bunga tengah terbang di background dan berkumandang lagu-lagu Korea yang menyenangkan telinga andai cerita Korea itu kau layan. Dan kalau cerita orang putih, kiss scene like always.
Mereka kata mereka sedang bercinta. Hidup mati hendak bersama. Kalau boleh, nak tattoo badan dengan nama dia. Kalau boleh nak bina satu kapal Titanic dan langgarkan pada iceberg supaya ada cerita Titanic 2. Kalau boleh nak jadi watak macam Romeo and Juliet yang bercinta umpama separuh nyawa. Di facebook jangan cerita. I love u.U love me. We are happy family. Di Twitter usah dok mention. Nescaya macam celakalah siapa yang follow mereka.
Namun, langit tak hari2 cerah. Suatu hari, pada hari yang nyaman.
Nur Lavienda keluar untuk berjalan-jalan ke KL. Mulanya dia nak ajak Syafique Rezalman seperti biasa. Tapi tak boleh sebab hari ni, dia ada Ko-ku. Nur Lavienda faham.
Sedang di dalam LRT, tiba2 dia terpandang seorang jejaka yang baginya manusia paling kacak dalam LRT ketika itu. Dia jadi tak keruan. Dia nak tegur. Dia rasa nak cakap hai. Time tu dalam hatinya “Ha? Syafique Rezalman? Siapa tu? ”. Plus, aku pun cantik vogue dan gorgeous too. Haruslah menegur lelaki kacak. Fikirnya.
Lantas, dia mengetahui nama si jejaka adalah Hafiz. Ha? Oh, sorry again.Nila komersial. My mistaked. His name is Muhammad Hafizie Ramadhan. Dan dia dapat satu date pada hari esok di Times Square. Bukan main suka.
Dan sejarah terus berulang mengikut frasanya.
Dan Nur Lavienda terus menyatakan yang semua mereka adalah Cinta hatinya dan keliru dalam dunianya dalam bercinta.
Well u see, bagi aku Nur Lavienda hadapi some kind of konflik dengan dirinya.Bagi aku dia keliru sama ada dia betul2 cinta dengan dengan semua lelaki itu ataupun suka dengan mereka.Kalau begitu,siapa sebenarnya Kheirul Rizal Shah dan Syafique Rezalman dan Muhammad Hafizie Ramadhan di hati dia?Oh so much konflik dalam kehidupan seorang budak.
Ok,first let me try to classify apa itu Suka dan apa itu Cinta.
Bagi aku ramai yang terkeliru antara dua benda ini.
Suka.
Suka ni bagi aku tendency kau untuk minat akan sesuatu benda. Keinginan ataupun kemahuan tapi semuanya hanya melibatkan emosi dasar dan tidak lansung melibatkan emosi yang dalam. Emosi dasar di sini di maksudkan sebagai ianya sekadar memberikan suatu perasaan yang just outside untuk jangkamasa pendek tapi bukan untuk jangka masa panjang. Lagi satu, suka ini juga bagi aku hanya keinginan yang sebentar dan boleh jadi berkali-kali.
Cinta.
Berbanding dengan suka, cinta ni dia datang dengan tanggungjawab. Tanggungjawab di mana bila kita cintakan dia, kita juga perlu menjaga hati orang yang kita cinta kerana sebenarnya secara tidak lansung once kita katakan pada seseorang yang kita cintakan dia ,dia secara automatik akan cuba juga belajar untuk mencintai kita dan tanpa sedar dia telah pun memberikan hatinya kepada kita untuk dijaga dan di belai manja andai dia menerima cinta kita itu. Cinta ni bagi aku keinginan yang lama dan berterusan sehingga Cinta itu sendiri mengambil keputusan untuk pergi. Tu yang kadang2 walaupun kita dah berpisah, wujud satu lagi segmen dalam hidup kita yakni Move-on dan saat ini lah perjalanan Cinta itu mengambil keputusan untuk benar-benar pergi atau stay. Mungkin kita dah memang benar2 pasti kita tidak lagi sukakan dia. Nyampah. Rasanya kalau nampak depan mata, nak sepak teranjang. Tanpa sedar keinginan untuk sepak teranjang itu adalah saki baki cinta dan hakikatnya kita masih lagi belum selesai melalui frasa move-on yang amat Neraka.
Faham idok?
Baiklah.
Sebagai contoh mudah, kita gunakan dua perkataan yang maha dasyat lagi mengelirukan hati dan perasaan ini kepada benda yang tidak bernyawa. Nasi misalnya.
Hai. Saya adalah Segumpal nasi.Dan saya sedap di makan bersama sambal belacan.
Saya suka makan nasi. Biasa dengar. Maksud dia suka makan nasi. Kalau ada atas meja adalah nasi, mee hoon dan anak gadis dara lagi mengiurkan, dia akan makan nasi sambil usha2 manja dengan anak gadis dara dan bagi hint. Sebab apa? Sebab dia suka makan nasi. Kalau atas meja takde nasi? Oh,mee hoon should be great jugak sambil makan mee hoon dan melupakan sebentar keinginan untuk makan nasi.
How about,
Saya Cintakan Nasi. Weirdo. Maksud aku punya perasaan yang amat mendalam tentang nasi. Segala benda fakta tentang nasi,berapa scala ritcher untuk sesebuah nasi itu terhasil, berapa titik air yang diperlukan untuk menghasilkan sebutir nasi dan dua bitir nasi. Semua benda itu dia akan tahu dan akan ambil tahu. Tanpa nasi depan mata, dia angau sampai termimpi2. Dalam dompet ada gambar seketul nasi bersaiz passport. Kalau ada atas meja adalah nasi, mee hoon dan anak gadis dara lagi mengiurkan, dia akan bersenggama dengan nasi dan menampar anak gadis dara sebab bikin semak atas meja dah kenapa. Sebab apa? Dia sudah jatuh cinta dengan nasi. Kalau atas meja takde nasi? Saya takkan makan sampai bila2.
Inginlah saya menyatakan disini bahwa ada certain orang yang dia suka nasi,kalau takde nasi dan dia tidak makan.Itu bukan cinta.Itu adalah selera.
Faham?
Maka,mari diterangkan dalam bentuk manusia.
Kadang-kadang dalam dunia yang penuh dengan manusia ini, tidak mustahil yang kita akan berjumpa dengan ribuan orang setiap hari dan believe me akan terbit rasa2 yang ‘ohmagad,aku minat betul mamat ni’,”Aku dah jatuh cinta dengan minah n”i and so on.Tapi, before take thing to the next step, please re-think. Its she/he is the one? Yang aku akan cinta sampai bila2? Yang aku akan jaga tatkala sihat mahupun tidak berdaya? Yang aku akan jadikan yang utama hingga ke hujung nyawa? Re-think dan re-think before act. Sebab kadangkala kita turut ditemani nafsu dan nafsu ni sering mengelirukan hampir setiap keputusan kita.
Jangan sebab sekadar hendak memuaskan “nafsu makan” kita,
Kita korbankan orang yang tak sepatutnya di meja makan kita.
Plus,ur bf/gf right now.Are she/he is the one?
Or just another sacrifice.
Sekian.
P/S : Aku sedar sekarang kalau aku demam + sakit kaki tahap berdenyut tak boleh jalan + Terseliuh, aku akan hadapi hari yang paling menyakitkan hati. Macam mana aku nak jaga bebudak Diploma ni kalau aku pun jalan terhencut – hencut? Semoga hidup dipermudahkan dan semoga aku cepat baik.






